Senarai calon jawatan tertinggi pemilihan Parti BERSATU

0

Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, BERSATU.

Menurut Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan Parti Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Albar,  tiada pencalonan lain diterima untuk jawatan itu.

Ia sekaligus mengesahkan Tun Dr. Mahathir menang tanpa bertanding jawatan Pengerusi BERSATU.

Yang pasti pertandingan BERSATU tampak menarik apabila jawatan Presiden yang disandang Tan Sri Muhyuddin Yassin dicabar Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Mohd Faiz Asleesham.

Manakala jawatan Timbalan Presiden pula, tiga pencalonan diterima Jawatan Kuasa Pemilihan Parti BERSATU.

Mereka adalah Datuk Wira Marzuki Yahya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Anas Akashah Nazri.

Berikut senarai penuh calon untuk pemilihan BERSATU bagi penggal 2019-2022.

 

15 pencalonan diterima untuk jawatan Naib Presiden BERSATU.

Nama-nama pencalonan adalah seperti berikut.

1 Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman
2 Salehuddin Amiruddin
3 Mohd Nizam Mohd Nor
4 Datuk Seri Irwan Mohd
5 Mohd Syahni Ismail
6 Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof
7 Ir Mohd Sabri Mohamad
8 Abdul Rashid Asari
9 Sabirin Jaafar
10 Mohd Radzi Mohd Jidin
11 Datuk Mohd Rafiq Mohaiden
12 Adib Shan Abdullah
13 Ranizal Basiran
14 Datuk Seri Ronald Kiandee
15 Datuk Mazlan Bujang

Jawatan Ketua Armada pula menyaksikan pertembungan 3 penjuru.

Nampaknya kali ini, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerima dua pencabarnya untuk jawatan ini iaitu Mohd Muzammil Ismail dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

Naib Ketua Armada pula menerima lima pencalonan.

Mereka adalah Mohd Asyraf Mustaqim Badrul Munir, Mohd Syafiq Abdul Aziz, Anas Akashah Nazri, Adam Asmuni dan Sizer Mandela Malakun

Bagi jawatan Ketua Srikandi, empat pencalonan diterima.

Mereka adalah Azlina Mehtab Mohd Ishak, Datin Iza Haji Ismail, Zuraina Maamur dan YB Rina Harun

Manakala Naib Ketua Srikandi pula menyaksi enam calon mengambil bahagian iaitu Saarah Ali Bashar, Rozita Hairun, Norliza Ngadiran, Datin Syarifah Salmah Syed Algil, Mas Irmiati Samsudin dan Najwah Halimah Abdul Halim

Bagi jawatan Pengerusi Tetap, empat pencalonan diterima iaitu Datuk Suhaimi Mohd Ghazali, Mohd, Syarif Umar, Yaakob Hatan dan Mohd Suhaimi Abdullah

Penamaan calon bagi jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu ditetapkan pada hari ini bermula 10 pagi hingga 3 petang di ibu pejabat Bersatu.

Pemilihan MPT akan dibuat pada 18 April semasa persidangan peringkat bahagian yang diadakan serentak seluruh negara.–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply