Tular Raja Permaisuri Agong bantu anggota trafik kemalangan

0

Apa sahaja yang dilakukan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pasti mencuri perhatian ramai dan menjadi perbualan netizen.

Terbaru, keprihatinan Tunku Azizah turun dari kenderaan baginda untuk membantu serta bertanya keadaan seorang pengiring anggota trafik Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang terlibat kemalangan jalan raya ketika mengiringi perjalanan baginda di Jalan Semarak, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, sekali lagi menyentuh hati rakyat.

Difahamkan anggota berkenaan terbabas merempuh pembahagi jalan lalu tercampak ke dalam longkang.

Menurut sumber, anggota trafik terbabit  mengalami kecederaan ringan.

Beberapa gambar Raja Permaisuri Agong tular di laman sesawang apabila Tunku Azizah dilihat turut membantu anggota berkenaan.

 

Leave a Reply