Tujuh tahun berlalu, kehilangan MH370 masih belum terjawab

0

“Good night Malaysia three seven zero”

Inilah mesej terakhir dari kokpit pesawat Malaysia Airlines #MH370 sebelum ia hilang dari radar pada 1.09 minit pagi tujuh tahun yang lalu.

Semenjak itu, ia gagal dihubungi hinggalah ke hari ini dan meninggalkan seribu satu misteri bukan saja buat ahli keluarga, malahan mengejutkan seluruh dunia.

Mengimbau kembali detik kejadian, kapal terbang malang Boeing 777 itu tidak sampai sejam baru sahaja berlepas dari KLIA pada jam 12.41 pagi membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal menuju ke Beijing, China.

Namun, sejam selepas waktu sepatutnya ia mendarat di ibu kota China itu pada jam 6.30 pagi waktu tempatan, Penerbangan Malaysia mengisyitharkan pesawat tersebut telah hilang.

Sebelum kehilangannya, pesawat tersebut tidak menunjukkan sebarang insiden, tiada isyarat kecemasan, cuaca buruk mahupun masalah teknikal.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan bahawa pesawat tersebut ‘hilang’ di sekitar Lautan Hindi dengan kenyataan pahit tiada seorang pun yang terselamat.

Untuk rekod, sepanjang tempoh pencarian yang memperlihatkan penyertaan beberapa kumpulan pakar seluruh dunia, bukti fizikal berupa serpihan badan pesawat dilaporkan ditemui pada pesisiran pantai barat Lautan Hindi.

Namun tidak ada perincian sahih apakah benar serpihan tersebut datangnya dari pesawat tersebut.

Hingga hari ini, dunia masih bingung apakah sebenarnya yang terjadi kepada penerbangan MH370 ini.

Segala kajian, penemuan dan teori, nyata belum mampu menjawab punca kehilangannya.

Diharapkan suatu hari nanti, misteri kehilangan penerbangan MH370 mampu diurai agar terjawab segala persoalan dan penantian mereka yang tersayang.

Semoga ahli keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini. Iringan doa buat mangsa, semoga dicucuri rahmat.
Al-Fatihah…🤲🏻

#MH370

#HariIniDalamSejarah

#RememberingMH370

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply