Tujuh dicekup menyamar polis untuk menyamun

0
Foto : Ehsan Berita Harian

Menyamar sebagai anggota polis sebelum menyamun mangsa, itu onar dilakukan tujuh lelaki melakukan kegiatan jenayah di sekitar ibu negara.

Bagaimanapun, helah itu terbongkar selepas polis menahan tujuh lelaki berkenaan dalam dua serbuan berasingan di Hulu Selangor semalam.

Bertindak atas maklumat, polis memburu ke semua suspek selepas menerima laporan daripada mangsa samun terbabit.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Ridzuan Khalid kejadian, mangsa didatangi lima individu yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis sebelum meminta kad pengenalan serta telefon bimbit.

Tambahnya, suspek kemudian mengarahkan mangsa dan rakannya tunggu di bilik dengan alasan lori polis akan mengambil serta menghantar mereka ke balai polis berhampiran untuk dijalankan saringan air kencing

“Bagaimanapun, kesemua suspek bertindak melarikan diri bersama barangan milik mangsa dan rakannya dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Axia berwarna merah,” katanya menerusi kenyataannya hari ini.

Seramai tujuh individu berumur antara 25 hingga 32 tahun ditahan dalam serbuan berkenaan.

“Polis turut merampas pelbagai jenis telefon bimbit dan sebuah kereta jenis Perodua Axia dengan nilai keseluruhan RM15,000.

“Ujian saringan air kencing mendapati dua suspek positif dadah jenis metaphatamine,” katanya.

Kesemua suspek direman enam hari untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/170 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah diminta menyalurkan maklumat kepada polis untuk diambil tindakan segera. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com

 

Leave a Reply