Tujuh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak angkat sumpah

0

Tujuh anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri Perak  mengangkat sumpah  di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengangkat sumpah barisan ahli MMK kerajaan negeri adalah tiga dari parti UMNO iaitu, ADUN Kota Tampan, Dato’ Saarani Mohamad, ADUN Kampung Gajah, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin dan ADUN Rungkup, Dato’ Shahrul Zaman Yahya.

Selain itu, dua ADUN dari parti PAS iatu ADUN Selama, Mohd Akmal Kamarudin, ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria.

Manakala dua lagi ADUN BERSATU iaitu ADUN Kuala Kurau, Dato’ Abdul Yunus Jamhari dan ADUN Tualang Sekah, Dato’ Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan untuk tujuh ahli MMK ini telah berlangsung secara ringkas pada hari ini di Istana Kinta, Ipoh bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan sehingga 14 April depan.

Pelantikan Ahli MMK Negeri Perak ini adalah bagi melengkapkan pembentukan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Perak selepas pelantikan Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato Azumu sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan yang ke-13 pada 13 Mac lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim dalam satu kenyataan berkata jumlah tujuh ahli MMK ini adalah memadai bagi membantu Menteri Besar menjalankan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri berfungsi selari dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

“Pembahagian portfolio ahli MMK yang dilantik hari ini akan ditentukan dalam masa terdekat manakala pengisian baki tiga lagi kuota ahli MMK akan diputuskan kemudian sekiranya ada keperluan,” ujar beliau.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply