“Tugas mempertahan negara tugas mulia” – warkah terakhir Allahyarham Datuk Dr Farid Md. Rafik

0
Allayarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik(tengah), mengiringi Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri ke Surau Istana Negara semalam

Khutbah Jumaat Khas Sempena Hari Pahlawan 2019 bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana  Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed di Surau Istana Negara dan majlis bacaan Tahlil dan bacaan Yassin di Masjid Negara jam 11 malam tadi adalah dua program terakhir Datuk Dr Farid Md. Rafik, sebelum di khabarkan menghadap Ilahi awal pagi tadi.

Allayarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik(dua dari kiri), bersolat jumaat bersama Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri di Surau Istana Negara semalam

Ahli Parlimen Tanjung Piai dan Timbalan Menteri di JPM Datuk Dr. Farid Md. Rafik, 43 tahun disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Pontian di sini pada pukul 6 pagi ini.

Allayarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik(kiri), bersolat jumaat bersama Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri di Surau Istana Negara semalam

Menurut Setiausaha Sulit Kanan beliau, jenazah kini masih di hospital untuk urusan forensik. Pada jam 2.00pm, Jenazah akan dibawa ke rumah keluarga di Kampung Serkat Laut. Solat Jenazah akan di adakan di Masjid Noh Gadut Serkat jam 4.00. Jenazah dijangka di akan di kebumikan di Wakaf Hj Ahmad Chokoh selepas Solat Asar.

Allayarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik(kanan), bersama Yang di-Pertuan Agong di Surau Istana Negara semalam

Di sini kami di The Malaya Post kongsikan warkah dan pesanan terakhir Allahyarham Datuk Dr Farid kepada seluruh rakyat Malaysia yang dipetik di laman facebook peribadi beliau sempena Hari Pahlawan

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al fatihah..

———————————————————–‐———————-

Alhamdulillah saya telah sempat menghadiri Majlis Bacaan Yassin dan Khutbah Jumaat Khas Sempena Hari Pahlawan 2019.

Tentunya tidak ternilai jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh pahlawan-pahlawan kita demi memastikan negara terus kekal aman dan sejahtera.

Jasa dan pengorbanan anggota keselamatan kita harus terus dipahat kukuh dalam lipatan sejarah negara.

Kisah keberanian mereka dalam mempertahankan tanah air perlu disampaikan kepada generasi muda hari ini.

Mereka harus dijadikan sumber inspirasi untuk membina jati diri dan semangat patriotik yang tinggi.

Tugas mempertahankan negara merupakan tugas yang amat mulia. Hari ini kita dapat hidup dengan tenang, aman dan selamat hasil daripada peranan yang dimainkan oleh pasukan keselamatan kita.

Justeru sebarang tuduhan dan perspepsi negatif yang dilemparkan kepada pasukan keselamatan kita perlulah ditolak sepenuhnya. Kita harus terus berdiri teguh di belakang pasukan keselamatan kita.

Sekali lagi saya mendoakan semoga semua pahlawan-pahlawan kita yang masih hidup dan telah terkorban akan terus diberikan limpahan rahmat dan keberkatan yang berpanjangan.

Terima kasih kepada semua anggota keselamatan dan pahlawan-pahlawan kita. Pengorbanan anda tiada galang gantinya.

Leave a Reply