Tuduhan terhadap Malaysia amat tidak wajar – Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob

0

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri menegaskan laporan agensi berita asing yang mendakwa Malaysia melakukan diskriminasi terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) adalah tidak benar.

“Saya telah menonton video terbabit dan tuduhan-tuduhan terhadap Malaysia adalah tidak benar sama sekali.

“Tuduhan yang dilakukan seolah-olah berniat tidak baik terhadap negara dan mengelirukan tanpa fakta yang jelas serta menuduh secara membuta tuli,” ujar beliau.

Beliau turut menjelaskan, antara perkara yang dibangkitkan adalah mengenai layanan terhadap PATI yang ditahan.

COVID19 : LAPORAN AGENSI BERITA ASING DAKWA DISKRIMINASI TERHADAP PENDATANG ASING TANPA IZIN TIDAK…

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Monday, 6 July 2020

“Ianya bermula ketika tangkapan yang dibuat di Selangor Mansion, semua PATI bersama rakyat tempatan dan juga warga asing yang mempunyai dokumen dikurung bersama di dalam Selangor Mantion kerana hendak mengawal penularan COVID-19.

“Itu adalah dibawah PKPD dan tuduhan mengatakan kita mengurung PATI adalah tidak benar kerana bukan setakat PATI yang diperintah berkurung, malah PKPD dikawasan lain termasuklah Pusat Tahfiz di Madrasah Tahfiz Ulu Langat, semuanya sama.

“Beberapa perkampungan di Ulu Langat turut dikurung, jadi ianya bukanlah untuk warga asing semata-mata kita membuat kurungan terbabit, tetapi warga tempatan iaitu rakyat Malaysia juga turut dilakukan kawalan dengan memasang kawad duri untuk memastikan tiada penduduk yang keluar dan tiada individu dari luar yang masuk ke dalam kawasan berkenaan.

“Ini adalah untuk memastikan mereka diselamatkan daripada penyebaran sesama mereka dan juga keluar,” kata beliau.

Tambahnya lagi, setiap individu yang berada dalam tempoh PKPD akan melakukan proses saringan dan ianya juga termasuk dengan PATI malah kerajaan menanggung kos saringan mereka.

Beliau turut menegaskan adalah tidak benar jika PATI menyatakan mereka menerima layanan yang tidak adil hanya kerana mereka dikurung.

Malah perlu diketahui, polisi dan SOP ini tertakluk kepada sesiapa sahaja termasuk rakyat Malaysia.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply