TUDM komited bantu negara, terbangkan petugas KKM ke Sabah

0

Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) terus komited dalam usaha  membantu negara menangani pandemik COVID-19.

TUDM menerbangkan 61 petugas Tim Mobilisasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan menggunakan pesawat mereka menuju ke Sabah.

47 daripada jumlah kakitangan diterbangkan ke Kota Kinabalu manakala 14 yang lain lagi ke daerah Tawau.

Dua buah pesawat jenis  A400M telah diatur pergerakan untuk membawa peralatan perubatan KKM bagi kegunaan pusat-pusat kesihatan di negeri Sabah.

Antara peralatan perubatan yang dibawa adalah Emergency Trolley, Medical Ward Screen dan PPE (pakaian pelindung diri).

Sementara itu, pesawat jenis  A400M dari Pangkalan Udara Subang pula digunapakai untuk membawa pulang 26 kotak sampel ‘swab test’ dari Labuan, Kota Kinabalu dan Tawau.

Kesemua sampel berkenaan telah diserahkan kepada pihak KKM sejurus tiba di PU Subang.

#MinDefMalaysia

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply