Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih belum berpenghujung.
Tatkala ada yang perlu ke tempat kerja untuk bertugas dengan syarat memenuhi Standard Operating Procedure (SOP), ada pula diarahkan ‘work from home’ (WFH). Jadi, ada banyaklah masa bersama keluarga kan.
Bagi yang cuba memenuhi masa terluang di rumah, masih terfikir aktiviti menarik untuk dilakukan?
Apa kata anda ‘beriadah’ bersama haiwan peliharaan kesayangan?
Menerusi perkongsian video di laman media sosial Facebook, kelihatan seorang lelaki menunjukkan bakat menyanyi.
Selain dari memperbaiki mutu suara, dapat juga melakukan senaman muka! Setiap kali menukar gendre lagunya, ton suara dan mimik mukanya turut berubah.
Namun, apa yang menarik perhatian ialah kucing peliharaannya turut sama memberi reaksi kepada nyanyian tuannya!
Sekejap wajah pelik, kemudiannya termenung, sebentar lagi terkejut pula! Adakala seperti marah pun ada! Memang lucu habis! 😂
Ini menyakat dengan penuh kasih sayang namanya 🤪 Bertabahlah wahai si meow 😼✌🏻
https://www.facebook.com/100009717366428/posts/1285709948429572/
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost