Trend pakai pakaian bersaiz kecil, Uniqlo China tak benarkan wanita dewasa cuba pakaian kanak-kanak

0

Pakaian kanak-kanak dari jenama UNIQLO telah menjadi trend popular di kalangan wanita di China setelah penggaya fesyen di platform media sosial China mendedahkan bahawa mereka memakai pakaian kanak-kanak.

Foto dan video dengan memakai pakaian berukuran kecil telah memikat para netizen untuk mengikutinya.

Sin Chew Daily melaporkan bahawa alasan di sebalik trend ini adalah bertujuan untuk meniru gaya Brandy Melville, iaitu jenama pakaian dari Itali.

Brandy Melville telah menimbulkan kontroversi untuk dengan trend fesyen “one size fits all”.

Dengan pakaian yang hanya tersedia dalam ukuran XS atau S, ramai gadis muda diberi idea bahawa hanya dengan kurus mereka boleh menjadi cantik.

Akibatnya, wanita di China telah memilih untuk membeli pakaian bersaiz kanak-kanak dari UNIQLO kerana lebih ketat.

Trend ini menjadi sangat popular sehingga pohak UNIQLO di China telah melarang orang dewasa untuk mencuba pakaian kanak-kanak.

Media China mengunjungi lima kedai UNIQLO yang berbeza di Beijing dan cuba membawa pakaian kanak-kanak ke dalam ruang bilik persalinan sebagai percubaan. Tetapi hanya satu kedai yang menghalang mereka daripada melakukannya.

Kakitangan yang bertugas mengatakan bahawa beberapa orang dewasa telah mencuba pakaian kanak-kanak yang menyebabkan pakaian menjadi rosak dan tidak berbentuk.

Bahkan beberapa pakaian  mempunyai kesan solekan pada baju yang dicuba.

Pakaian yang tidak lagi terbentuk seperti asalnya perlu dibayar dengan harga istimewa, kata kakitangan itu

Menurut Guang Ming Daily, sebilangan netizen telah menyatakan bahawa mereka tidak menyokong amalan orang dewasa mencuba pakaian kanak-kanak.

Walaupun ada beberapa orang dewasa yang membeli pakaian kanak-kanak kerana faktor seperti ketinggian, malah ada ramai yang sengaja mencuba memakai pakaian bersaiz kecil untuk menonjolkan bentuk badan mereka.

Ingatlah, ukuran atau bentuk badan anda tidak menentukan harga diri anda. Anda tetap cantik tidak kira apa pun keadaan dan saiz badan anda!

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply