#TravelPerakLah! Kerajaan negeri hadiahkan baucer penginapan dan belian produk pelancongan

0

Dalam usaha merancakkan kembali sektor pelancongan di Perak, kerajaan negeri memperkenalkan baucer bagi menarik lebih ramai pelancong domestik meneroka produk pelancongan di negeri berkenaan.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, baucer istimewa itu hanya terhad kepada 1500 keping sahaja dan terbuka kepada semua pelancong dalam negara.

Baucer berkenaan terbahagi kepada dua yang mana masing-masing bernilai RM50.00 dan RM30.00.

Baucer RM50.00 diberikan kepada pengunjung selepas daftar keluar daripada hotel terpilih manakala RM30.00 bagi produk pelancongan terpilih.

” Kita sedang memperkenalkan travel vouchers #TravelPerakLah, dengan travel voucher ini kalau datang ke Perak, secara automatik kita akan mendapat baucer RM50.00 bagi penginapan di hotel-hotel terpilih dan baucer RM30.00 bagi produk pelancongan terpilih”, ujar beliau.

Baucer terbabit mula diberikan 1 Julai lalu sehingga 30 September ini dan ia boleh digunakan sehingga 30 November ini.

Selain pemberian baucer, kerajaan Negeri Perak turur memperuntukkan RM10.84 juta untuk menaik taraf infrastruktur pelancongan serta mempelbagaikan strategi penggalakkan pelancongan negeri.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply