Tragedi Sungai Kuala Telemong

0

Susulan tragedi tiga adik-beradik yang dikhuatiri lemas ketika mandi di muara Sungai Kuala Telemong petang semalam, dilaporkan setakat ini dua orang mangsa telah ditemui.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang kelmarin ketika mangsa, Umar Iskandar Mohd (21), Khairil Firdaus Mohd (17) dan Khalif Naim Mohd (16 tahun) sedang mandi di muara sungai terbabit.

Menurut saksi kejadian, mereka berempat sedang memancing di tebing sungai Kampung Mesah yang terletak di seberang sungai berdekatan tempat kejadian.

Mereka menyatakan pada awalnya mereka nampak mangsa sedang mandi, namun tidak lama kemudian terdengar suara meminta tolong.

Saksi terus menaiki motosikal menghala ke tempat kejadian yang mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk sampai.

Namun apabila tiba di lokasi kejadian, saksi mendapati mangsa sudah hilang.

Operasi mencari dan menyelamat terus giat dijalankan.

Kami di The Malaya Post mendoakan agar operasi mencari berjalan lancar dan salam takziah buat ahli keluarga mangsa.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=285447362638217&id=100035188664580

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri hadir ke lokasi insiden lemas di Sungai Telemong pagi…

Dikirim oleh Urus Setia Penerangan Darul Iman – UPDI pada Rabu, 27 Mei 2020

Alhamdulillah, seorang dari tiga mangsa lemas telah dijumpai. Teruskan berdoa agar 2 lagi mangsa lemas turut ditemui

Dikirim oleh Urus Setia Penerangan Darul Iman – UPDI pada Rabu, 27 Mei 2020

 

Alhamdulillah, berkat doa semua, Terkini, mangsa lemas kedua (2) telah di temui jam 1149 pagi, 15 meter dari…

Dikirim oleh Urus Setia Penerangan Darul Iman – UPDI pada Rabu, 27 Mei 2020

Leave a Reply