Topeng muka kain guna fabrik yang sesuai mampu tapis 90 peratus partikel halus

0

Bermula 1 Ogos pemakaian topeng muka di tempat awam adalah diwajibkan seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan Negara baru-baru ini.

Selain topeng muka pakai buang, topeng muka ‘homemade’ juga boleh digunapakai selari spesifikasi yang dibenarkan kerajaan.

Topeng muka kain atau buatan sendiri juga telah terbukti berkesan menapis 90 peratus daripada habuk atau zarah (particle).

Hasil kajian mendapati kombinasi beberapa jenis fabrik mampu bertindak untuk menapis titisan air dengan berkesan dan dalam masa yang sama tidak melemaskan pemakai.

Kombinasi terbaik untuk menjahit topeng muka buatan sendiri adalah dengan menggunakan fabrik kapas pada lapisan pertama dan kain jenis chiffon, sutera atau flanel bagi lapisan dalam.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply