Tommy Thomas bakal dikurniakan “Tan Sri” pagi ini?

0

KUALA LUMPUR 9 Sept 2019 : Peguam Negara, Tommy Thomas antara 15 penerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ bersempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini.

Selain itu, menurut sumber, tiga tokoh utama bakal menerima darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Mereka ialah Ketua Hakim Negara Datuk Seri Utama Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Difahamkan, seramai 795 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019 sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengumuman rasmi bakal diumumkan pagi ini.

Leave a Reply