“Tolong jangan buat prank call order”, penghantar makanan terkilan ditipu pelanggan

0

Memesan makanan secara atas talian memang mudah dan cepat.

Asal ada selera dan ‘budget’, segalanya boleh tersedia dengan hanya di hujung jari.

FoodPanda, BungkusIt, MrSpeedy, JomMakan dan GrabFood adalah antara beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan ini. Sangat mudah untuk mengisi perut pada masa kini.

Namun, menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook @Arena Motor, seorang penghantar makanan meluahkan rasa terkilan terhadap sesetengah masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, mereka mempunyai pengalaman pahit dipermainkan pelanggan yang membuat pesanan, namun akhirnya pelanggan ‘hilang’ tanpa dapat dikesan ketika proses penghantaran. Pelanggan tidak dapat ditemui mahupun dihubungi. Akhirnya makanan yang dipesan tidak bertuan maka berlakulah pembaziran.

Perbuatan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja merugikan syarikat dan pekerja penghantaran, malah ini menyebabkan pembaziran makanan.

Buat anda di luar sana, berhentilah membuat perkara yang tidak mendatangkan faedah dan menyusahkan orang!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Brader Food Panda nak pesan.. Tolong jangan buat prank call order!

Brader Food Panda nak pesan.. Tolong jangan buat prank call order! Tolonglah jangan aniaya kami 😌🙏

Posted by Arena Motor on Friday, 3 July 2020

Leave a Reply