Tok Pa disahkan positif COVID-19

0

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Sri Mustapa Mohamed yang lebih mesra dipanggil Tok Pa disahkan positif COVID-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.

Ahli Parlimen Jeli ini menjalani ujian saringan COVID-19 sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pada pagi semalam.

Dalam satu kenyataan media, beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ it), Kota Bharu, Kelantan pada pukul 10.30 malam tadi untuk pemantauan dan keadaannya stabil.

Difahamkan beliau telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan keputusannya adalah negatif 1 pada Januari lalu.

Dalam pada itu, beliau memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat daripada perkara ini dan memohon agar semua pihak berdoa kepada Allah SWT memudahkan urusan kita semua.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply