TLHT benam Sabah dengan jaringan 5-0

0

Perlawanan liga hoki wanita Malaysia diantara pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) dan pasukan Sabah semalam diakhiri dengan keputusan 5-0.

Kemenangan pasukan TLHT menjaringkan 5 gol sekaligus berjaya mengumpul 13 mata dan menjadikan pasukan itu menduduki tangga kedua di puncak liga.

Nursyafiqah Mohd Zain wakil daripada pasukan TLHT dilihat memulakan perlawanan dengan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-14.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki MBKT semalam telah membuatkan pasukan TLHT berjaya mengekalkan kedudukan 1-0 pada separuh masa pertama.

Pada masa kedua permainan, TLHT mara lebih optimis mengatur strategi menjaringkan gol kedua pada minit ke-33 bagi merebut kejuaraan liga.

Tidak terhenti disitu, TLHT sekali lagi merebut peluang keemasan menewaskan pasukan Sabah 4-0 yang dijaringkan oleh pemain Nuraslinda Said dan Auni Atikah Gahni.

Lebih kurang 200 penyokong yang hadir bersorak keriangan apabila Juliani Mohamad Din menamatkan perlawanan dengan menjaringkan pukulan penalti pada minit ke-56.

Dengan merangkul gelaran juara, TLHT bakal menemui pasukan Akademi Hoki Kuala Lumpur (Hockademy KL) pada 8 Februari ini untuk perlawanan seterusnya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply