Tips urus rambut pendek, rambut kekal sihat dan tidak gugur

0

Pemilihan gaya rambut pendek tampak mudah dan ringkas penjagaannya.

Namun ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Jom kami kongsi.

1. Jangan sikat rambut terlalu kerap terutamanya dengan kasar. Ia akan menyebabkan rambut mudah gugur.

2. Sesetengah daripada mereka yang berambut pendek gemar mencuci rambut setiap hari. Boleh saja. Tapi biarlah ia kering sendiri dan kurangkan penggunaan pengering rambut. Ini dapat mengelakkan rambut menjadi kering.

3. Lakukan urutan perlahan pada kulit kepala rambut dengan perlahan. Pilih syampu mengandungi bahan semulajadi yang sesuai dengan rambut.

4. Jangan tinggal perapi rambut. Berambut pendek tidak bermakna anda memendekkan langkah penjagaannya.

5. Pastikan anda sentiasa ‘trim’ rambut agar gaya rambut kekal cantik tidak ‘out of shape’.

6. Alang-alang dah ke salon, lakukan rawatan rambut dan kulit kepala agar rambut kekal sihat bersinar.

Semoga bermanfaat.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply