Tips solekan untuk kulit berminyak

0

1) Primer

Primer merupakan base makeup yang berfungsi untuk mengurangkan cela di wajah seperti liang pori terbuka dan memberikan efek solekan agar tahan lebih lama.

Untuk kulit berminyak, primer yang disyorkan adalah berasaskan ‘oil-free’ atau ‘water based’.

Formula ini dapat membantu menyerap dan mengendalikan lebihan minyak pada wajah serta menyamaratakan tekstur kulit.

2) Foundation

Penting untuk anda memilih foundation yang sesuai mengikut jenis kulit wajah terutama kulit berminyak.

Anda disarankan agar memilih foundation yang berasaskan matte, water based, mousse atau non-comedogenic.

Penggunaan foundation berkenaan dapat memberikan kesan tanpa kilauan atau ‘greasy’ pada wajah serta pori tidak akan tersumbat.

3) Loose Powder

Loose powder sangat sesuai untuk kulit berminyak kerana teksturnya lebih ringan dan dapat menyerap minyak dengan baik pada wajah.

Berbanding bedak padat atau jenis two-way-cake kebanyakkannya mengandungi minyak yang boleh menjadikan solekan bercapuk.

Pilih produk yang mempunyai label seperti long wear, oil-free, atau mattifying yang tentera pada bekas loose powder.

4) Blotting Paper

Wajib sentiasa membawa ‘blotting paper’ atau kertas minyak, ia dapat membantu menyerap lapisan minyak pada wajah setelah seharian memakai mekap.

Caranya anda perlu ‘dap-dap’ sahaja pada kawasan berminyak, dengan itu solekan anda akan nampak matte dan tahan lama. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply