Tips potongan rambut mengikut bentuk wajah

0

Sebelum membuat keputusan untuk mengubah gaya rambut, ada beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian.

Anda perlu pastikan ianya bersesuaian dengan gaya hidup dan praktikal.

Paling penting, apa sahaja gaya yang dipilih, perlulah sesuai dengan bentuk muka anda.

Jom, kami kongsi tip potongan rambut yang sesuai dengan bentuk muka anda.

Namun, jika anda masih was-was, dapatkan pandangan ‘hairstylist’ yang arif dan berpengalaman di salon ya!

1. Bentuk bujur atau oval

Wajah seperti ini amat sesuai dengan semua potongan rambut.

Apa saja, sederhana panjang, sedikit kerinting atau bob pendek.

2. Bentuk panjang

Wajah begini sesuai dengan potongan rambut lurus panjang berserta ‘fringe’.

Elak potongan rambut yang terlalu pendek.

3. Bentuk bulat

Sesuai dengan potongan rambut panjang, lurus dan kerinting.

Namun, elakkan dari rambut pendek (bob). Ia akan membuatkan pipi tembam jelas kelihatan.

4. Bentuk bersegi

Ia sesuai dengan potongan rambut yang menutupi bahagian pipi kerana dapat menyembunyikan bentuk rahang.

Potongan yang sesuai adalah layer, panjang dan kerinting.

5. Bentuk hati

Wajah seperti ini sesuai dengan potongan berombak dan potongan berlapis (layer) paras bahu. Elakkan jenis potongan rambut pendek yang rata.

6. Bentuk berlian (diamond)

Potongan yang sesuai adalah sederhana panjang, dibelah tepi, potongan fringe berombak serta potongan pixie.

Elakkan potongan rambut yang terlalu berlapis (layer) dan potongan pendek.

Semoga bermanfaat. Jom bergaya dengan rambut baru pada Aidil Adha nanti!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply