Tips penjagaan rambut bagi wanita berhijab

0

Rambut mahkota wanita.

Walaupun berhijab, penjagaan rambut dan kulit kepala tidak boleh diabaikan.

Jom kami titipkan tips sesuai buat anda yang berhijab.

DO :

1. Jika di rumah, lepaskan ikatan rambut / sanggul. Biarkan rambut bebas berehat.

2. Sentiasa trim rambut agar lebih kemas. Adalah disarankan untuk tidak membiarkannya terlalu panjang, kecuali anda memang rajin dan ada masa untuk membelek-belek rambut anda.

3. Pilih syampu yang sesuai. Bagi yang mengalami masalah kelemumur, syampu jenis menthol adalah digalakkan. Memadailah mencuci rambut 2 – 3 hari sekali.

4. Perapi lembut sesuai diapikasi pada rambut setiap hari.

5. Penggunaan serum pada rambut dapat membekalkan vitamin.

6. Tonic disapu pada kulit kepala. Fungsi utamanya ialah untuk menguatkan akar rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru. Ianya baik untuk memperbaiki masalah rambut gugur dan berkelemumur.

7. Lakukan rawatan rambut dan kulit kepala di salon setiap 3 – 6 bulan. Dapatkan nasihat pakar agar tidak silap percaturan.

8. Sentiasa menukar dan mencuci anak tudung.

9. Pilih fabrik hijab yang lembut dan ringan.

10. Sikat rambut sebelum dan selepas berhijab.

11. Sudah pasti pemakanan sembang dan vitamin yang mengandungi biotin, silika, vitamin B, C & E, zat besi serta omega 3 membantu pertumbuhan dan kesihatan rambut.

DON’T :

1. Ikat atau sanggul rambut ketika rambut basah.

2. Ikat atau sanggul rambut terlalu ketat.

3. Menyapu apa apa jenis minyak seperti minyak zaitun dan minyak kelapa ketika berhijab. Ia akan menyebabkan rambut jadi berminyak dan berbau.

Penjagaan kebersihan tidak boleh diabaikan walau apa pun cara pemakaian kita. Tambahan pula, ketika di rumah, kita dikelilingi oleh ahli keluarga dan yang tersayang.

Kecantikan sebenar ialah apabila kebersihan dan kekemasan diri diutamakan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply