Tips penjagaan fabrik kapas

0

Fabrik kapas atau cotton fabric sangat selesa dan sesuai digayakan di negara kita.

Buat anda yang bercadang untuk mendapatkan fabrik ini pada Aidil Adha nanti, jom kami kongsi tips mencucinya buat pertama kali.

1. Celup ke dalam air sebelum digunakan, kerana sesetengah fabrik ini mempunyai sedikit campuran bahan yang menjadikannya kecut. Anda tidak perlu risau kerana nisbahnya sedikit.

2. Serbuk atau gel cucian pakaian yang biasa digunakan sudah memadai. Cuci dengan kaedah cucian tangan.

3. Jika anda ingin merendamnya, tidak perlu semalaman. Cukup seketika sahaja.

4. Asingkan antara fabrik berwarna cerah dan gelap, pasti berlaku sedikit warna luntur. Usah risau, warna fabrik asal masih kekal.

5. Setelah dicuci, anda perlu mengibas sedikit supaya fabrik tidak terlampau renyuk. Sebaiknya gunakan penyangkut baju agar ianya mudah untuk digosok nanti.

Selamat mencuba! -THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply