Tips gayakan tudung putih agak tampak anggun di hari lebaran

0

Tudung berwarna putih sangat sinonim dengan busana pengantin wanita.

Berada dalam kelas tersendiri, warna putih sering menjadi pilihan pasangan raja sehari.

Namun untuk dijadikan pakaian harian, pasti tidak semua hijabi berani memilih warna ini.

Kebanyakan wanita berpendapat agak sukar untuk menjaga dan memastikan tudung putih sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Silap sedikit, pasti kekotoran jelas kelihatan dan menyakitkan mata.

Ada juga yang merasakan pemakaian tudung putih akan membuat wajah menjadi kusam. Benarkah?

Kami ada beberapa tips yang mungkin dapat dipraktikkan jika anda bercadang untuk menyarung tudung berona putih ini.

1. Jauhkan dari anak kecil.

Bolehkah ibu-ibu sekalian?
Maksudnya disini ialah jika anak-anak sedang memegang makanan dan melakukan aktiviti yang ‘mengotorkan’ tangan mereka, pastikan tangan dicuci sebelum bermanja dengan ibu.

2. Anda juga perlu berhati-hati ketika makan. Janganlah lahap sangat ya! 😅

3. Tudung putih lebih sesuai dipadankan dengan baju polos. Anda tampak jauh lebih muda dan bersahaja.

4. Bagi anda yang berkulit cerah, tidak ada masalah dari segi material tudung.

Namun bagi si hitam manis, cuba untuk tidak menggunakan material tebal. Pilih kain hijab yang lebih nipis atau jarang. Cara ini mampu membuatkan warna kulit anda kelihatan tidak terlalu ketara. Jangan risau jika terlihat bahagian leher, dapatkan ‘inner neck’ yang mampu menutup aurat.

5. Bercakap tentang inner, adalah digalakkan untuk memilih anak tudung berwarna putih juga. Ini bertujuan memastikan warna putih hijab lebih sekata.

6. Jangan terlampau menarik hijab ke hadapan dan menutup sebahagian besar muka. Ini akan menenggelamkan wajah anda.

7. Bagi anda yang bersolek, pilih bedak asas satu atau dua tona lebih terang. Jika tiada, lebihkan ‘concealer’ atau penyamar noda dalam solekan. Wajah akan kelihatan lebih menyerlah.

8. ‘Shading’ atau membentuk wajah yang terlampau gelap dan tebal akan menjadikan wajah lebih malap. Jadi, memadailah sapuan nipis saja.

9. ‘Highlight’ pada wajah akan menaikkan seri sekaligus mengelakkan kekusaman.

10. Pilih warna bibir yang lembut agar tidak menenggelamkan warna kulit. Warna yang disarankan ialah coklat muda, ‘peach’, jingga lembut dan merah jambu muda.

Nah! Tidak sukar untuk kelihatan cantik dan menyerlah dalam hijab putih kan.

Apa yang perlu ialah teknik tatarias, pemilihan material dan cara pemakaian yang sesuai dengan bentuk wajah. Paling utama, perlu lebih berhati-hati ya!

Jom cantik di hari lebaran! 🌹

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply