Tips dan petua berhenti merokok

0

Kepada perokok tegar yang mempunyai azam untuk berhenti merokok tahun ini mungkin boleh mencuba beberapa petua dan tips dibawah.

Semoga perkongsian petua ini dapat membantu anda mengamalkan gaya hidup sihat tanpa rokok selepas ini. Selamat mencuba!

1. Melengah-lengahkan tindak balas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok sekurang-kurangnya tunggu 5 minit daripada terus menyalakan rokok

2. Elakkan minuman berkafein dan banyakkan minum air masak

3. Apabila timbul keinginan merokok, tarik nafas panjang sebanyak tiga kali secara perlahan-lahan

4. Cuba mengalihkan perhatian daripada fikirkan rokok dengan membuat sesuatu aktiviti seperti bersiar-siar, makan angin, bersembang bersama kawan, membaca buku, bermain atau mendengar muzik dan sebagainya.

5. Menggantikan rokok dengan mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah dan buah-buahan

6. Lakukan senaman regangan ringkas, bermeditasi atau bersukan setiap kali merasa mengantuk

7. Menjauhkan diri daripada orang yang merokok serta daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada ingin merokok

8. Kerap mandi dan basuh tangan apabila setiap kali terasa hendak merokok

9. Panjatkan niat dan doa anda untuk berhenti merokok kepada Maha Kuasa agar azam dan usaha yang dipraktikkan dipermudahkan dan berjaya

Untuk info, anda juga boleh mendapatkan bantuan untuk berhenti merokok di klinik yang menawarkan perkhidmatan terbabit atau untuk maklumat lanjut boleh layari jomquit.moh.gov.my.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply