Tips dan kaedah simpan sayur agar lebih tahan lama

0

Dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hanya ketua atau wakil dalam setiap keluarga dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan.

Adalah penting untuk kita merancang pembelian agar tidak perlu keluar setiap hari dan juga memastikan barangan yang dibeli mencukupi.

Barang-barang basah terutamanya sayur – sayuran tidak digalakkan disimpan terlalu lama dan dikhuatiri kandungan nutrien serta khasiat akan hilang.

Di sini, kami kongsi tips penyimpanan sayur – sayuran yang betul agar lebih tahan lebih lama.

1. Sediakan tempat penyimpanan plastik. Pilih ukuran saiz yang sesuai untuk kegunaan sekali masak.

2. Basahkan tisu. Kemudian lapik tisu tersebut di bahagian dalam bekas tadi.

3. Sayur tersebut tidak perlu dibasuh dahulu. Memadailah dengan memotong sayuran tersebut mengikut keinginan.

4. Simpan sayur di dalam bekas.

5. Tutup bekas dengan kemas.

6. Simpan di dalam peti sejuk.

Dengan cara ini, sayur akan kekal segar seperti baru dibeli walaupun sudah seminggu disimpan.

Peti ais juga kelihatan lebih kemas tersusun dan tiada bau yang tidak enak.

Mudah kan! Jom cuba! 🥬🥦🥒🥕🍆🌶️

#StayAtHome
#staySafe
#stayHealthy
#BreaktheChain

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply