Tip solekan ringkas di hari lebaran

0

Yeay esok hari raya!

Bolehlah melaram dengan busana baru.
Penampilan akan lebih menarik dengan sedikit sentuhan tatarias.

Jika anda tidak suka mengenakan solekan tebal, cara ringkas dan cepat ini mungkin sesuai untuk anda.

1. FACE PREP.
Ini wajib ya!
Gunakan toner, serum, pelembab dan sun block sebelum memulakan tatarias.
Dapatkan make-up prep yang sesuai dengan kulitmu, samada jenis semburan, krim mahupun makeup serum.

2. BIARKAN KULIT BERNAFAS.
Gantikan foundation dengan cc cushion foundation.

Ia lebih ringan dan mudah diaplikasi. Juga mampu menutupi parut serta bintik hitam di wajah.
Kebaikannya ialah ia akan menaik seri serta menjadikan wajah lebih moist dan kelihatan sihat.

3. GUNAKAN MASKARA BERBANDING BULU MATA PALSU.
Anda akan nampak lebih natural.

4. KENING DISISIR KEMAS.
Jika kening perlu dibentuk dengan menggunakan pensil lukis kening, elakkan kod warna yang terlalu gelap. Sebaiknya pilih warna coklat atau kelabu coklat.

5. WARNA LIPSTIK TIDAK TERLALU PUCAT ATAU NUDE.
Warna pink lembut, jingga lembut atau peach mampu menaik seri kepada tatarias yang nipis.

Mudah dan sweet kan!

Walaupun kita hanya duduk di rumah, wajah masih perlu ditatarias agar kekal cantik berseri.
Barulah sepadan dengan busana barumu 🥰

Selamat mencuba!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply