Tip putihkan gigi

0

Gigi kuning pasti mencacatkan penampilan dan mengurangkan keyakinan diri.

Selain dari mendapatkan khidmat pakar di klinik pergigian, jom kami kongsi tip memutihkan gigi secara mudah yang boleh dilakukan sendiri.

1. Garam

Larukan sedikit garam di dalam air, kemudian berkumurlah setiap pagi.

2. Serbuk baking soda

Gosok gigi dengan sedikit baking soda, kemudian berkumur seperti biasa. Anda dapat lihat hasilnya.

3. Arang

Gosok sedikit arang yang mudah didapati dipasaran pada gigi anda, kumur seperti biasa.

4. Guna straw ketika minum

Bagi mengelak gigi cepat kuning, minum minuman bergula atau berkafein seperti kopi melalui straw kerana tindakan ini dapat menghindarkan direct contact dengan gigi.

Kalau tiada straw, pastikan mulut anda dibilas selepas 30 minit menikmati minuman tersebut. Paling bagus, kurangkan pengambilan minuman berkafein, bergas dan bergula ya!

5. Lebihkan pengambilan makanan yang berkalsium tinggi seperti susu, keju dan brocoli.

6. Gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Paling penting sebelum tidur, pastikan mulut, wajah dan tubuh badan bersih dan selesa.

Semoga bermanfaat. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply