Tip Mimi Lana kekal langsing

0

Pelakon Mimi Lana bukan sahaja menjadi perhatian kerana bakat seninya, malah rupa, fizikal yang cantik serta tubuh tinggi lampai turut melengkapkan pakej dan meraih pujian peminat.

Perkongsian terkini menerusi medium Instagram peribadinya, pemilik nama Mimi Rozaiana ini menaikmuat sebuah klip video aktiviti ‘work out’ yang telah beberapa bulan ditinggalkannya.

Terlihat sedikit ‘pancit’, namun teman tapi mesra kepada pelakon Kyle Syafiq ini tetap bersemangat kembali melakukan rutin penjagaan kesihatannya itu.

Perkongsian gadis kelahiran Taiping, Perak berusia 26 ini menerima tanda suka pengikut beserta komentar positif.

Namun tidak kurang pula menegur akan susuk tubuh Mimi yang menurut mereka kelihatan terlalu kurus.

Namun, ramai pengikut menyebelahi dan mempertahankan selebriti kesayangan mereka ini.

Menurut mereka, aktiviti senaman begini bukanlah bertujuan untuk kurus semata-mata, tetapi penting demi mengekalkan kecergasan tubuh badan.

Apa yang paling utama, Mimi menjaga penampilan agar sedap mata memandang.

Asalkan tidak berlebihan tanpa mengabaikan kesihatan, apa salahnya kan?

Hmmm… macam-macamlah netizen ni.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply