Tip cantik!

0

Dalam dunia tatarias, bedak asas dan foundation atau fd memainkan peranan penting agar kulit kelihatan lebih cantik berseri dan mulus.

Tidak sekadar itu, pemilihan fd yang sesuai dan bertepatan mampu menutup cela kulit seperti bintik hitam, noda dan jerawat serta membaikpulih ketidaksempurnaan wajah.

Tahukah anda, pemakaian fd ini mampu memerangkap habuk, debu dan kotoran dari terus ke kulit wajah. Manakala pemilihan bedak asas yang mengandungi agen pelindung sinaran matahari berdaya menghalang kulit terdedah kepada sinaran UV.

Namun, bedak asas ini juga terdapat kekurangannya dan memberi kesan kurang baik kepada kulit jika tidak kena dengan caranya. Jom kami kongsi.

1. Jerawat.

Menggunakan fd yang terlalu tebal dan tidak dibersihkan dengan betul akan menutup dan menyumbat pori-pori wajah membuatkan kulit sukar untuk bernafas. Maka kekotoran dan minyak akan terperangkap seterusnya membawa kepada masalah yang serius seperti jerawat, keradangan kulit dan bisul.

Lebih bahaya, ada juga yang tidur dalam keadaan muka bermekap dan ini sangat tidak bagus. Penat bagaimana pun perlu tanggalkan mekap dengan betul dan bersihkan muka.

Penting untuk melakukan ‘double cleansing’ agar wajah benar-benar bersih. Sesekali, lakukan scrub wajah serta aplikasi masker.

2. Alahan.

Dalam pembuatan fd, bahan kimia merupakan salah satu ramuannya. Ia menyebabkan kesan buruk pada kulit seperti alahan ada yang mengalami penipisan kulit.

Oleh itu, anda perlu prihatin dan jangan membeli tanpa melihat isi kandungan bahan didalamnya. Lakukan sedikit kajian akan bahan-bahan yang terkandung dalam fd yang bakal anda pilih.

3. Kulit mengalami kekeringan atau berminyak.

Pemilihan fd yang kurang sesuai tidak sesuai akan mengakibatkan kulit menjadi kering atau sebaliknya.

Ini berlaku terutamanya jika seseorang yang mempunyai kulit berminyak namun menggunakan foundation yang berasaskan minyak. Ada founder menyembunyikan kandungan minyak didalam produk mereka. Walau bermaksud tiada minyak tidak selalu bermakna tidak ada minyak didalam foundation itu. Manakala sesetengah syarikat menggunakan minyak buatan manusia untuk memenuhi piawaian biasa. Tetapi  menulis tiada minyak  pada label.

Jadi, berhati-hati dalam memilih fd ya.

4. Kesan moral.

Pilihlah fd berasaskan sumber yang halal, bahan kandungan yang jelas dan mempunyai kebaikan pada kulit. Apalah gunanya cantik, tetapi bahan yang digunapakai adalah salah atau haram dari sisi agama.

Buat anda yang baru berjinak-jinak mencari fd, pastikan memlih produk yang betul dan bersesuaian. Banyakkan membaca dan bertanya kepada yang pakar agar tidak salah percaturan yang akhirnya menjadi bencana kepada kulit wajah anda.

Semoga bermanfaat. –THE MALAYA POST

Leave a Reply