Tip berpuasa untuk ibu hamil

0

Bagi ibu hamil yang berhasrat menjalani ibadah puasa sebaiknya dapatkan nasihat doktor pakar terlebih dahulu bagi pemeriksaan ketahanan dan keupayaan diri untuk berpuasa.

Jika ibu hamil berada dalam keadaan sihat dan mampu berpuasa, adalah amat penting untuk para ibu mengikuti tips pemakanan sihat bagi mendapatkan khasiat yang secukupnya.

Ibu hamil perlu melewatkan waktu bersahur sekurang-kurangnya 30 minit sebelum masuknya waktu imsak serta segerakan berbuka tepat pada waktunya.

Sewaktu berbuka diwajibkan berbuka dengan manisan seperti kurma terlebih dahulu untuk menambahkan tenaga segera serta pastikan pengambilan air kosong adalah mencukupi lapan gelas sehari untuk kekalkan hidrasi.

Amalkan pemakanan yang seimbang untuk memenuhi keperluan karbohidrat, protein, vitamin dan mineral seperti hidangan yang terdiri daripada sajian ikan, daging, ayam, makanan laut, kekacang dan telur.

Selain itu, pelbagaikan tiga sajian sayur dan dua sajian buah-buahan yang kurang kandungan gula setiap hari bagi mengekalkan zat vitamin dan mengurangkan sembelit.

Elakkan minuman berkarbonat dan berkafein seperti kopi, teh dan lain-lain minuman manis yang boleh menghalang penyerapan zat besi dan kalsium, malah sebaiknya hadkan kepada satu cawan air manis sahaja semasa berbuka.

Para ibu dinasihat teruskan pengambilan suplemen dengan betul dan teratur seperti yang disarankan pegawai perubatan dan seeloknya diambil selepas waktu berbuka bagi mengelakkan kesan sampingan seperti loya.

TIP RAMADHAN- PEMAKANAN SIHAT IBU HAMIL Sekiranya wanita hamil berada dalam keadaan sihat dan mampu berpuasa, ikuti…

Dikirim oleh Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia pada Rabu, 06 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply