Tingkat kesedaran sivik! Nabila Huda kongsi cara guna tandas dengan betul

0

Pasti ramai yang merungut tandas awam kotor!

Sikap segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab dan kurang adab ketika menggunakan tandas percuma yang disediakan kerajaan ini sedikit sebanyak mencalar imej negara terutamanya di mata para pelancong asing.

Tabiat pengotor si pengguna yang sesuka hati membuang tisu yang telah digunakan di atas lantai, memijak tempat duduk tandas dan yang paling teruk, tidak ‘flush’ tandas selepas guna!😤

Perkongsian video pelakon berbakat Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil yang mengajar cara menggunakan tandas dengan betul amat melucukan.

Abil telah memuatnaik perkongsian dilaman IGTV miliknya dan berkongsi sedikit nasihat mengenai penggunaan tandas tidak kira berada di rumah sendiri, rumah yang dikunjungi mahupun tandas awam.

Abil turut membuat demonstrasi mengenai cara penjagaan selepas menggunakan tandas antaranya membuang tisu ke dalam tong sampah, lap permukaan tempat duduk tandas selepas guna dan ‘flush’ tandas juga ya.

Apa yang diutarakan oleh Nabila Huda amat bertepatan sekali dan sudah tiba masanya para pengguna perlu celik mata dan hati agar lebih sensitif menjaga harta benda awam yang disediakan pihak berwajib untuk kemudahan ramai.

Nampaknya pelbagai cara sudah ditunjukkan, pelbagai nasihat juga telah diberikan jadi terserah ke atas keprihatinan dan tanggungjawab individu itu sendiri.!Tepuk dada, tanya hati.

Jadilah pengguna yang bijak!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply