Tinggal dalam zon konflik, pelarian Sudan Selatan lari ke Uganda

0

Menurut analisa Tabung Pendidikan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), kira-kira 24 juta kanak-kanak di 22 negara yang menghadapi konflik tidak bersekolah.

Unicef menyatakan hampir seorang dari setiap empat dari keseluruhan 109.2 juta kanak-kanak yang berusia enam hingga 15 tahun dan tinggal dalam zon konflik telah terlepas peluang bersekolah.

Sudan Selatan menjadi kawasan yang menghadapi paling ramai kanak-kanak yang tidak bersekolah, dengan lebih separuh atau 51 peratus mereka yang berada di sekolah rendah dan menengah rendah tidak berpeluang menimba ilmu.

Jumlah rakyat Sudan Selatan yang melarikan diri ke Uganda mencecah lebih sejuta orang dan tanpa ada tanda perang akan berakhir.

Menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB-UNHCR), perang saudara hampir empat tahun itu menyaksikan purata 1,800 rakyat Sudan Selatan masuk ke negara jiran, Uganda, setiap hari sejak setahun lalu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak melarikan diri daripada ‘keganasan kejam’.

Tambahan sejuta orang lagi mendapatkan perlindungan di tempat lain di rantau itu, namun Uganda, satu daripada negara termiskin dunia bersaiz sebesar United Kingdom, yang menanggung krisis itu.

Sejuta pelarian lain itu melarikan diri ke Sudan, Habsyah, Kenya, Republik Demokratik Congo dan Republik Afrika Tengah, menurut perangkaan PBB. Dua juta lain kehilangan tempat tinggal.

Ketika diplomasi berakhir maka perang akan dimulai. Belum pernah ada perang yang menguntungkan sesebuah negara, malah ibaratnya lebih ramai orang mati akibat senjata daripada penyakit. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply