Tindakan spontan Tun Dr. Siti Hasmah peluk Tun M curi tumpuan umum

0

Romantik, sungguh comel dan benar inilah kasih sayang sejati.

Tindakan spontan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali memeluk suami, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas sidang media khas di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur, hari ini, menyentuh hati umum.

Menerusi video berdurasi 59 saat dimuatnaik di laman facebook Dr. Mahathir Mohamad dengan status “Thank you everyone”, Tun Dr. Mahathir dilihat terkejut dan cuba mengelak daripada dipeluk isteri tercinta.

Thank you everyone.

Dikirim oleh Dr. Mahathir bin Mohamad pada Sabtu, 29 Februari 2020

Bekas Perdana Menteri ketujuh itu juga kelihatan malu-malu namun orang ramai yang berada di sekeliling meminta beliau turut memeluk isterinya.

Tun Dr. Siti Hasmah dipercayai berbuat demikian bagi menenangkan suaminya selepas krisis politik yang melanda sepanjang minggu ini.

Semoga Allah SWT merahmati Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah. Terima Kasih Tun atas khidmat setia kepada negara dari kami The Malaya Post. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply