Tindakan pemuda beri makan kucing dan anjing jalanan harus dicontohi

0

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke fasa ketiga selama dua minggu bermula 15 April ini nampaknya menerima reaksi positif daripada rakyat.

Keseriusan kerajaan untuk melindungi masyarakat seterusnya meningkatkan usaha bagi memutuskan rantaian COVID-19 amat dihargai semua pihak.

Lebih meggembirakan rakyat apabila pihak berwajib tidak pernah melupakan insan yang kurang bernasib baik.

Paling menyentuh hati apabila golongan gelandangan turut diberi tempat perlindungan dan mereka yang kurang mampu pula terus menerus menerima bantuan makanan.

Bagi menerap nilai murni dan menjalani tugasan sebagai masyarakat yang prihatin, kita juga mampu menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Menderma keperluan makanan harian bukan sahaja sesama insan malahan kepada haiwan jalanan tidak bertuan juga adalah suatu usaha murni dan mulia.

Viral di laman media sosial Facebook @The Solusi, memaparkan video seorang lelaki memberhentikan kenderaannya lalu memberi makanan kepada beberapa ekor kucing dan juga anjing.

Kelihatan haiwan-haiwan terbabit kelaparan dek kerana kedai – kedai menjual makanan ditutup.

Satu tindakan yang sungguh mulia. Semoga sikap cakna sesama makhluk menjadi tauladan kepada kita semua.

Tahniah!

Aku keluar mencari KUCING LAPAR [KESIAN]

TOLONG! Jika ada ketua keluarga yang keluar membeli barangan rumah, mohon ronda kejap kawasan2 kedai dan beri makan pada haiwan2 jalanan di kawasan sekitar. Banyak kedai tutup, orang tak ada, kesian tengok mereka tunggu dengan perut lapar. Pastikan mask pakai. Sanitizer standby selalu. 👍Follow ig –> https://www.instagram.com/tuan.abam.cedric/#FeedTheStrays

Dikirim oleh The Solusi pada Jumat, 03 April 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply