Tindakan murni seorang lelaki mengambil sebatang besi yang berada di tengah jalan raya dipuji ramai

0

Pastinya tidak ramai yang mahu mempertaruhkan nyawa sendiri demi menjaga keselamatan dan memudahkan urusan orang lain.

Namun berbeza dengan tindakan seorang lelaki, demi memikirkan keselamatan para pengguna, lelaki terbabit sanggup mengambil risiko dengan menyeberangi jalan yang sesak dengan kenderaan hanya kerana mahu mengalihkan sebatang besi yang berada di tengah jalan raya.

Melalui perkongsian video berdurasi 0.41 saat oleh Nan Manjoi di laman Twitternya dan menulis status berbunyi, “Terima kasih bro. Pertaruh nyawa utk keselamatan pengguna jalan raya yg lain.”

Video yang memaparkan seorang lelaki sanggup memberhentikan keretanya di bahu jalan semata mata untuk mengambil sebatang besi yang berada di tengah lebuhraya berhampiran Restoran Jejantas Sungai Buluh yang menghala ke arah utara yang mungkin membahayakan nyawa pengguna jalan raya.

Tindakan murni lelaki berkenaan telah mendapat perhatian dari warga Twitter yang memuji tindakan lelaki terbabit.

Perkongsian video terbabit, kini telah mendapat 19,000 tanda suka, 24,800 telah diulang kicau dan juga lebih 280,000 jumlah tontonan dari pelayar laman sosial berkenaan.

Leave a Reply