Timbalan Menteri Kesihatan 1 turun padang tinjau Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

0

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali bersama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang telah membuat lawatan kerja ke Jabatan Kesihatan Negeri Kedah hari ini.

Dr Shahrul Bariyah Ahmad selaku Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) JKN Kedah menyampaikan taklimat mengenai pengurusan Covid-19 di jabatan berkenaan.

Menurut beliau, setakat 9 April kes positif COVID-19 di negeri Kedah adalah 93 kes.

4 pesakit telah menerima rawatan di Unit Kawalan Rapi (ICU) dimana 3 pesakit di Hospital Sultanah Bahiyah manakala 1 orang lagi pesakit di Hospital Sultanah Maliha dan 3 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Manakala pesakit yang masih dirawat 27 kes, 68 kes pulih dan kematian pula satu kes.

Jabatan ini turut bertanggungjawab dalam memastikan pematuhan terhadap semua dasar dan melaksanakan semua program serta aktiviti Kementerian Kesihatan di Negeri Kedah.

Di bawah JKN Kedah mempunyai 11 Pejabat Kesihatan Daerah, sebuah Pejabat Kesihatan Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam, lapan buah Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah, 11 hospital dan 60 klinik kesihatan.

Lawatan rasmi berkenaan telah dikongsi di laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Alor Setar, 10 April 2020 – YB Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1 telah mengadakan Lawatan Kerja…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Jumat, 10 April 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply