Timbalan Menteri Kesihatan 1 hantar juadah berbuka puasa untuk frontliners Klinik Kesihatan Presint 9

0

Memetik perkongsian dari laman Facebook Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali menyantuni pasukan petugas barisan hadapan di Lobi Klinik Kesihatan Presint 9 serta menyerahkan 80 bungkus juadah berbuka puasa.

Putrajaya, 30 April 2020 – YBrs Encik Azman Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia 1 telah hadir…

Dikirim oleh YB Dato Dr. Haji Noor Azmi pada Kamis, 30 April 2020

Menurut beliau, sepanjang bulan Ramadhan ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dijalankan, klinik akan beroperasi bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pihak klinik juga menerima purata kehadiran pesakit seramai lebih 300 orang sehari.

Selain saringan kesihatan COVID-19, klinik ini juga memberikan beberapa perkhidmatan lain.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah perkhidmatan kesihatan primer/pesakit luar, kesihatan keluarga, rehabilitasi, pengimejan diagnostik, makmal perubatan, farmasi, pemakanan, klinik pergigian, khidmat berhenti merokok dan lain-lain.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply