Tiga wakil pembangkang dijemput sertai MPN

0

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan tiga wakil pembangkang dijemput untuk menjemput untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara.

Beliau berkata, ia membabitkan seorang wakil daripada Pakatan Harapan (PH), Parti Warisan dan Parti Pejuang untuk berkongsi pandangan dan nasihat dalam pelbagai aspek pelan pemulihan.

“Bagi memastikan Pelan Pemulihan Negara berjalan seperti dirancang dan dipantau dengan teliti, Menteri Kewangan telah dilantik sebagai Menteri Penyelaras PPN.

“Kerajaan juga telah menubuhkan Majlis Pemulihan Negara dengan penyertaan wakil-wakil dari sektor swasta, pakar industri, NGO dan wakil kerajaan negeri Sabah dan Sarawak. Alhamdulillah, saya sendiri telah mempengerusikan mesyuarat pertama MPN ini pada 23 Julai lalu,” katanya ketika penerangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam Sidang Khas Parlimen hari ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply