Tiga pegawai SPRM direman bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa

0

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan, ketiga-tiga pegawai dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman 14 September lalu.

“SPRM ingin menegaskan bahawa suruhanjaya ini tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawainya yang terbabit dalam sebarang perbuatan jenayah.

“Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya perbuatan itu benar berlaku,” menurut suruhanjaya berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan suruhanjaya itu berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan kerana ia akan menjejaskan siasatan.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply