Tiga pantang larang ketika guna laptop

0
Macbook Pro 13 inch 2019

Kini, boleh dikatakan hampir majoriti masyarakat menggunakan laptop dalam melaksanakan tugasan seharian.

Laptop dilihat sebagai pemudah cara dalam melakukan tugasan harian di dalam sektor pekerjaan, seorang pelajar, menonton filem atau drama dan juga bermain permainan e-sports.

Namun, ramai yang terlepas pandang mengenai pantang larang menggunakan laptop untuk mengelakkan sebarang kerosakan berlaku.

Disini kami kongsikan tiga pantang larang ketika menggunakan laptop.

1. Jangan ‘force shutdown’ ketika laptop sedang bekerja

Perkara ini sering terjadi jika laptop anda mendapat kemaskini terbaru dari microsoft untuk windows.

Jangan sesekali lakukan ‘force shutdown’ ketika laptop anda sedang memuat turun kemaskini terbaru dan sedang memasang kemaskini terbabit.

Setelah selesai, baru ‘shutdown’ laptop anda.

2. Jangan gerakkan laptop dari meja ke meja lain ketika laptop sedang digunakan

Jika anda sedang menggunakan laptop,  sudah pasti anda sedang menggunakan cakera keras yang ada di dalam laptop sebagai salah satu komponen storan.

Ketika laptop digerakkan ke sana dan ke sini,  cakera keras pula sedang bekerja, besar kemungkinan besar berlakunya kerosakan kerana cakera keras ini amat sensitif dengan pergerakan fizikal.

3. Jangan guna atas tilam, katil, bantal atau tisu

Pastikan jangan sesekali anda menggunakan laptop anda di tempat yang dinyatakan itu.

Ini kerana secara tidak langsung laptop anda menjadi panas kerana tidak mempunyai aliran udara yang baik.

Malah papan induk juga menjadi panas seterusnya merosakkan cip dan komponen lain yang ada pada papan induk laptop.

Kesimpulannya, guna laptop anda dengan cermat dan elakkan dari melakukan tiga perkara yang telah kami kongsikan ini ya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply