Tiga masjid dengan konsep tersendiri di Perak

0

MASJID CINA

Masjid 1000 Doa atau Masjid Cina, Kampung Sungai Pinang Kecil menjadi salah satu tarikan baharu di Pulau Pangkor.

Rumah ibadah dengan rekabentuk indah, berseni dan bersejarah ini telah beroperasi serta boleh dilawati oleh orang ramai.

Istimewa Masjid Al-Badr Seribu Selawat itu bukan saja menjadi masjid terapung pertama di Perak, malah ia diilhamkan Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga anak jati pulau peranginan itu.

MASJID AL-BADR 1000 SELAWAT

Masjid Al-Badr 1000 Selawat juga dikenali sebagai Masjid Terapung mula dibina pada tahun 2014 yang diinspirasikan oleh Menteri Besar Perak ke-11.

Sungguh indah dan unik!
Pengunjung perlu melalui jambatan yang dihiasi pintu gerbang untuk sampai ke masjid ini.

Masjid terapung yang dibina dengan kos bernilai RM11.7 juta itu turut mengetengahkan identiti Perak pada setiap geometri hiasan dalaman pada dindingnya.

Ukiran bunga yang menyerikan setiap ruang di masjid ini diilhamkan daripada bunga tekat atau lebih dikenali sebagai bunga Perak yang juga bunga warisan dan simbol bagi negeri ini.

Masjid yang mampu memuatkan 1,500 orang dalam satu masa itu dirasmikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 8 Jun 2017.

MASJID BANDAR UNIVERSITI SERI ISKANDAR

Kalau datang ke Seri Iskandar, moh ler singgah sebentar di Masjid  Bandar Universiti.

Masjid  Bandar Universiti telah siap dibina pada tahun 2018.

Menariknya, masjid ini menerapkan suasana mesra hijau dan terkenal sebagai masjid aktif kerana penganjuran aktiviti yang padat.

Wakaf menunggu juga turut disediakan dengan menggunakan tenaga solar.

Malah aktiviti menyelenggara persekitaran masjid akan menggunakan air hujan bagi mengelak berlakunya pembaziran.

Sudah tentu banyak kebaikan dan faedah apabila sebuah masjid mengamalkan persekitaran mesra hijau.

Dalam pada itu, Majlis Perbandaran Perak Tengah turut membantu menyalurkan bantuan dana bagi mencantikkan landskap masjid.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply