Tiga kes positif wabak 2019-nCoV libatkan rakyat Malaysia

0

Sejumlah 107 rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan pada 4 Februari, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 2 daripada mereka disahkan positif novel coronavirus.

Dua pengesanan kes baharu ini dipercayai dalam kalangan kontak rapat bapa dan anak yang berusia 45 dan 9 tahun.

Kedua-dua mereka kini sedang menerima rawatan di wad isolasi Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan berada dalam keadaan stabil.

Dengan pertambahan dua kes baru ini, jumlah kumulatif kes 2019-nCoV yang dilaporkan sehingga hari ini adalah sebanyak 12 kes.

5 kes dalam kalangan kes Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan 2019-nCov, 5 kes dalam kalangan kontak rapat dan 2 kes dalam kalangan rakyat Malaysia yang dibawa pulang dengan Misi Bantuan Kemanusiaan.

Daripada jumlah tersebut, 9 kes adalah warganegara China dan 3 orang adalah warganegara Malaysia.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply