Tiga kementerian bekerjasama agar negara peroleh kemudahan untuk pembangunan vaksin dan perubatan

0

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) bagi memastikan Malaysia berada dalam kedudukan terbaik untuk menjadi antara negara terawal mendapat akses kepada vaksin COVID-19 selepas ianya siap dan dipasarkan kelak.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, beliau berkata kolaborasi diantara tiga kementerian ini dibentuk bagi mencari peluang untuk mewujudkan kerjasama strategik melibatkan badan-badan antarabangsa, agensi atau syarikat tempatan bagi membolehkan Malaysia memperoleh kemudahan untuk pembangunan vaksin dan perubatan.

KERJASAMA MOSTI-KKM-KEMENTERIAN LUAR NEGERI BAGI MENDAPATKAN CAPAIAN DAN BEKALAN VAKSIN COVID-19 UNTUK MALAYSIA MENERUSI…

Dikirim oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada Selasa, 21 April 2020

MOSTI juga sedang berusaha mencari jalan keluar bagi mengatasi penularan wabak ini dan berharap hasil perbincangan dalam mesyuarat ini dapat memberi input penting dan jalan terbaik agar Malaysia sentiasa bersedia dalam pembangunan vaksin serta ubat-ubatan COVID-19.

MOSTI juga akan membincangkan strategi terbaik bagi memastikan Malaysia diberi keutamaan menerusi hubungan dua hala yang terjalin dengan negara-negara lain hasil input daripada pihak KKM dan Kementerian Luar Negeri dan juga bekerjasama dengan Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Kuala Lumpur mengenai kemungkinan kerjasama dalam ujian klinikal untuk vaksin COVID-19 dan berharap dapat terlibat dalam kerjasama yang lebih meluas bersama kedutaan-kedutaan antarabangsa lain.

Tidak hanya itu, usahasama tiga kementerian ini turut mendapat kerjasama dari United Kingdom, India, Bosnia dan Republik Korea melalui platform antarabangsa Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI) dalam usaha ini.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply