Tiga inisiatif bantu pinjaman individu, PKS

0

Institusi perbankan tawar tiga inisiatif bagi membantu pinjaman individu, Perusaha Kecil dan Sederhana (PKS), peniaga, penjaja atau mana-mana individu yang berkerja sendiri bergantung kepada situasi peminjam.

Antara bantuan yang diumumkan Perdana Menteri hari ini termasuklah:

1) Membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan

2) Memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan

3) Memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang stabil

Manakala bagi pinjaman sewa beli, pihak bank turut bersetuju untuk memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah tertakluk kepada Akta Sewa Beli.

Menerusi inisiatif ini ianya dijangka akan memberi manfaat kepada tiga juta individu serta PKS dan permohonan boleh dibuat melalui bank masing-masing bermula 7 Ogos depan.

PENGUMUMAN LANJUTAN MORATORIUM & BANTUAN BANK BERSASAR : BANTUAN DITAWARKAN BANKKementerian Kewangan MalaysiaBank Negara Malaysia | Central Bank of Malaysia (Official)Jabatan Perdana Menteri

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Rabu, 29 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply