Tiga individu menyamar jadi TMJ buat tukaran mata wang asing RM20.91 trilion

0

Polis Johor sedang memburu tiga individu yang dipercayai terbabit dalam kegiatan penipuan pemalsuan dokumen ‘Letter Of Undertaking’.

Tiga individu berkenaan telah menggunakan nama Tunku Mahkota Johor, TMJ untuk urusan tukaran mata wang asing mencecah AS$5 trilion (RM20.91 trilion).

Menurut Ketua Polis, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, dokumen itu didapati dikeluarkan dan ditandatangani oleh seorang wanita tempatan bergelar Datuk Seri mendakwa mendapat mandat daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau berkata, Polis Johor mendapat maklum terhadap perkara itu susulan menerima laporan polis yang dibuat Ketua Unit Media, Pejabat Komunikasi Keluarga Diraja Johor pada pukul 7 malam.

“Dokumen palsu yang mendapat mandat Tunku Ismail bagi menjalankan urusan tukaran mata wang asing dolar Amerika Syarikat kepada Ringgit Malaysia (RM) yang bernilai AS$200 bilion hingga AS$5 trilion.

“Hasil semakan melalui laman WWW.ISTIADAT.GOV.MY mendapati penama yang bergelar Datuk Seri tersebut tidak berdaftar sebagai individu yang mempunyai gelaran berkenaan.

“Polis Johor sedang giat menjalankan siasatan mengesan ketiga-tiga suspek ini. Maklumat lanjut tentang kes ini masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply