Tiga gaya rambut yang akan menjadi ‘trend’ pada tahun 2020

0

Kepada yang ingin mengubah penampilan gaya rambut untuk tahun baru, berikut beberapa trend terbaru yang boleh jadi inspirasi buat anda.

1) The Jawline Bob

Gaya rambut Jawline Bob ini penah menjadi hits pada tahun 2018 dan 2019 malah ia akan tetap terus popular pada tahun hadapan.

Jawline Bob adalah potongan dengan cara yang tumpul dihujung rambut dan panjangnya tepat pada rahang.

Ini menjadikan bentuknya akan menyerlahkan leher dan rahang leher anda dan sekiranya rambut diselipkan ke belakang telinga ia akan mendapatkan efek A-line.

Potongan rambut model ini akan membuatkan rambut anda terlihat lebih tebal.

Gaya rambut ini sesuai untuk setiap bentuk wajah sama ada berambut lurus, ikal mahupun kerinting.

2) Gamine Pixie

Potongan yang hits di era 90-an ini kembali trend di tahun 2020 dan gaya seperti ini akan membuatkan penampilan anda terlihat ‘chic’.

View this post on Instagram

@loewe dreams

A post shared by Kaia (@kaiagerber) on

Pixie adalah potongan pendek pada bahagian tepi dan bawah tetapi tetap panjang di bahagian atas.

Gaya rambut ini sesuai untuk pelbagai bentuk muka kerana terdapat banyak gaya yang boleh anda lakukan.

Potongan rambut pixie biasanya popular dikalangan para wanita dan sangat sesuai bagi wanita yang menginginkan kekemasan dan tampak segar!

Bahkan gaya rambut pendek sebegini akan memudahkan anda untuk menjaganya dengan rapi.

3) Shag Bangs

Di inspirasikan dari era 70-an, trend shaggy bangs kini kembali.

Tahun lalu gaya rambut shaggy mula kembali popular menerusi program televisyen ‘Stranger Things’.

Pada awalnya gaya rambut ini dipopularkan dalam kalangan lelaki namun kini gaya rambut shaggy turut menjadi kegemaran bagi kaum wanita.

Gaya rambut ini sesuai bagi anda yang inginkan potongan rambut yang kelihatan nipis.

Untuk memberikan kesan messy anda boleh mengunakan styling cream sewaktu rambut basah.

Namun bagi rambut kering juga boleh menambahkan serum untuk mempertahankan kesan messy berkenaan.

View this post on Instagram

This morning

A post shared by Xenia Adonts ๐Ÿ“ (@xeniaadonts) on

Sekiranya anda memiliki bentu wajah segitiga, gaya shaggy ini sangat sesuai untuk anda mencubanya.

Oleh kerana bentuk wajah segitiga memiliki bentuk yang lebih kecil berbanding bentuk wajah yang lain, model rambut ini akan menjadikan anda terlihat femimin dan anggun.

Leave a Reply