Tiga calon Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan bakal terajui JSJ?

0

Semalam, selesai majlis pelantikan Ketua Polis Negara yang baharu di mana menyaksikan Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani bakal menerajui Bukit Aman mulai Selasa ini.

Persoalan kini siapakah pula individu yang bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara?

Yang pasti ketika sidang media Tan Sri Hamid Bador semalam telah memberi bayangan di mana TKPN bakal dipilih daripada tiga pengarah paling kanan Bukit Aman.

“Pengarah Bukit Aman yang paling kanan adalah Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya, Pengarah Pengurusan, Datuk Ramli Din dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Razarudin Husain.

Datuk Zamri Yahya, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS)
Datuk Ramli Din, Pengarah Pengurusan
Datuk Razarudin Husain, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)

“Mereka adalah tiga pengarah paling kanan. Terserah kepada Perdana Menteri”, katanya pada sidang media terakhirnya pada Jumaat.

Selain itu, jelas Tan Sri Abdul Hamid, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan pula bakal dinaikkan pangkat ke jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman.

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Polis Johor

“Kita telah mencadangkan agar Ayob dinaikkan pangkat mengambil alih jawatan pengarah JSJ. Ramai yang mahu beliau dinaikkan pangkat,” katanya pada sidang media terakhirnya pada Jumaat.

Jika benarlah bak dikata, kecut perut lah penjenayah semua.

Yang pasti ia satu khabar gembira buat seluruh rakyat Malaysia. Semoga Allah SWT melindungi pasukan Sang Saka Biru dan merahmati bumi Malaysia tercinta.

WITHOUT FEAR OR FAVOUR, THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply