Tidur cukup tapi sering letih sepanjang hari? Kami kongsi 8 tips tidur berkualiti

0

Tidur yang baik adalah tidur yang nyenyak tanpa gangguan. Bagi orang dewasa jumlah jam tidur yang diperlukan adalah 7 hingga 8 jam setiap hari.

Namun terdapat juga individu yang sering merasa keletihan atau lesu sepanjang hari walaupun waktu tidur mencukupi.

Petanda ini menunjukkan berkemungkinan anda tidak mendapat tidur yang berkualiti serta pola tidur tidak betul.

Majoriti individu yang mengalami masalah kekurangan tidur adalah disebabkan leka bermain dengan handphone, ketagihan internet serta sering mengerjakan urusan peribadi atau tugasan kerja hingga larut malam.

Memiliki tidur yang berkualiti mungkin bukan suatu perkara yang mudah bagi setiap orang tetapi dengan mengamalkan konsep tidur yang betul ianya dapat membantu membaiki tidur malam anda.

Adakah anda tidur dengan cara yang betul?

Ikuti tips tidur berkualiti bagi kekal aktif, cerdas dan produktif untuk keesokkan harinya.

1) Tetapkan jadual tidur dan bangun pada waktu yang sama

2) Keluarkan peluh pada waktu petang

3) Berhenti bermain gajet sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur

4) Tetapkan suhu bilik yang selesa

5) Tutup lampu sebelum waktu tidur

6) Elakkan minum kopi, alkohol dan merokok

7) Makan awal waktu kerana makan sebelum tidur boleh menyebabkan perut tidak selesa

8) Elakkan diri menggunakan katil untuk aktiviti lain selain tidur

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply