Tidak patuh SOP, 5 premis diberi amaran, 86 premis diberi nasihat

0

Menerusi perkongsian di laman media sosial Twitter MINDEF, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 25 jenis bekalan barangan di 959 premis perniagaan.

Pemeriksaan ini melibatkan peruncit (743), pemborong (185) dan juga pengilang (31).

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan pegawai penguatkuasa KPDNHEP telah melakukan 2,643 pemeriksaan khas Pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) Perlaksanaan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Hasil dari pemeriksaan tersebut, pihaknya mendapati 2,551 premis mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Walaubagaimanapun, sebanyak 87 premis telah diberi nasihat manakala lima premis lagi diberi amaran atas ketidakpatuhan SOP.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply