Tidak dapat kemaskini status dan menghantar fail media, WhatsApp sedang alami masalah teknikal

0

Tahun lalu aplikasi WhatsApp dilaporkan akan menghentikan perkhidmatan bagi telefon pintar Android versi 2.37 dan iOS 8 dan ke bawah mulai 1 Februari 2020.

Namun kini timbul pula isu di kalangan pengguna WhatsApp yang telah mengalami beberapa masalah ketika menggunakan aplikasi terbabit.

Antara masalah yang dikenal pasti adalah sesetengah daripada pengguna tidak dapat mengemaskini status WhatsApp dan menghantar fail media seperti gambar, audio dan video kepada pengguna yang lain.

Berikutan kesukaran yang dialami para pengguna, dilihat aplikasi ini sedang menghadapi masalah teknikal.

Malah buat masa ini masih belum diketahui sampai bilakah permasalahan ini dapat diselesaikan sepenuhnya. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply